Sunday, July 24, 2011

hati belah bagi

pagi ini aku cuba lelapkan mataku
mengharapkan mimpi datang menemaniku
tapi apakan daya aku tidak mampu
aku cuba, cuba dan terus cuba
tapi entah kenapa hati ini dan mata ini bdegil
puas aku memujuk hati supaya tenang
tapi hampa yang aku terima..
semua ini terjadi kerana seorang hamba Tuhan yg digelar LELAKI
entah kenapa setelah sekian lama dia menyepi
akhirnya dia timbul kembali
dengan berbekalkan ayat manis dan janji kosong
aku buntu, aku bingung..
memang..
memang aku masih sayangkan lelaki itu
masih teringat lagi kenangan bersamanya
masih teriang-iang janji yang dilafazkan
masih terbuku rindu dihati
tapi setelah susah payah aku bina hubungan ini
setalah susah payah aku jaga dan pertahankan hubungan ni
lelaki itu hilang begitu saja
membawa hati dan menyepi diri
tanpa khabar, tanpa berita
sepi..
aku cuba mghubungi lelaki itu
tapi hampa, pangilanku tidak disambut
mesej-mesej ku tidak berbalas
rayuan ku dilempar 
aku seperti manusia yang tidak bermaruah
segalanya aku korbankan demi mndapatkan kembali cinta lelaki itu
tapi egonya lelaki itu
sehinggakan maruah aku dipijak 
sehingga diri aku dihina dan dikeji..
inikah yang aku terima selepas segalanya aku korbankan?
suatu petang, lelaki itu mbalas mesej aku
hati ku bbunga walaupun luka masih terasa
tapi lelaki itu tambah luka hati ini
dengan sgala kejian dan segala jawapan
baru ku tahu lelaki itu sedang bahagia bersama yang lain
aku redha..
aku percaya apa yang terjadi ada hikmahnya..
tapi aku tertnya-tanya
apa kurangnya aku?
apa burukkah aku?
apa hinakah aku?
cuma satu pesanku terhadap lelaki itu
'kau tidak akan jumpa seorang wanita pun yang mencintai kau sperti mana aku mncintai kau'
aku buang jauh-jauh ingatan ku terhadap lelaki itu
aku kikis bersih-bersih segala kenangan
aku lempar tepi segala tomahan dan janji
aku mula hidup baru
alhamdulillah ramai yang sayang aku
aku bhgia..
tapi sekarang lelaki itu muncul kembali dalam idupku
datang merayu dan memujuk hati ku
selepas dibiarkan aku mencari jalan pulang sendiri
kenapa?
kenapa sekarang baru lelaki itu menyesal dan sedar 
kenapa sekarang?
aku mencari jawapan..
mgkin lelaki itu bosan dan sunyi, lalu aku lah tempat berdamping
mungkin lelaki itu ditinggalakn kekasih hati lalu aku lah tempat peneman hati
mungkin lelaki itu masih mahu mainkan hati lalu aku lah magsa 
aku buntu..
mencari jawapan bukan senang
kerana makin dipikirkan makin bayak persoalan..
aku biarkan masa berlalu dan masa penentu..
yang pasti hati aku telah tertutup buat lelaki itu
tapi kenapa masih ada sayang dan rindu?
persoalan yang tidak dapat aku ungkaikan..
biarlah ia menjadi tanda tanya..
apapun ketentuan dari Illahi
aku terima dengan redha
kerana semuanya ada sebab dan hikmah
semoga tuhan tunjukkan aku jalan..



nukilanHATI_MysaraAmir

Monday, July 18, 2011

hari hati bunga-bunga

hye readers..
sorry la da lama sgt x update belog nih..bile da active acc, x de idea plak nak update hehe..
btw bukan sgaja ok cik sarah ni nak biarkan belog die bsawang, tapi quite bz ngan persediaan 
nak convo la bagai smpai tido sume x lena tau..
ok, ckap banyak pon x gune la cik sarah rasa..
bawah ni cik sarah tunjuk cket la picca time b4 convo n during convocation cik sarah kat 
Putrajaya International Convention Center nuh..
nah hambek kau....!

a day before convocation :)



























during convocation :)





ok ni je la yg mampu cik sarah tunjuk..
pa pe pon, thanks kat parents n my guardian coz bcoz of them la 
cik sarah jadik manusia hehe..
kalau x, cik sarah rasa entah hape la kan..thanks jugak sbb mereka la
yg didik cik sarah n mjaga cik sarah dr kecik tapak tangan smpai la da beso gedabak cm nih hehe
n thanks to0 my lecturer yg x sudah2 mbantu student mreka yg degil
tahap hape ntah cam cik sarah nih hehe..
yg penting thanks to0 PTPTN hahha
sbb bg LOAN, nanti cik sarah bayor utang yerk hehe..
pa pe pon...im happy n thanks frens..
heart u somuch..!

Thursday, July 7, 2011

rindu


Malam ini 
Kau utuskan warkah cintamu buatku..
Kau sertakan dengan kasih sayangmu 
Kau selitkan bersama perasaanmu..
Disaat ini
Betapa aku rindu akan sentuhanmu
Akan manisnya kasihmu
Akan hangatnya ciumanmu..
Masih ku ingat lagi
Malam itu kau lampirkan segala nasihat
Kau kata

Bila kau dewasa anakku
Biar Al Quran menjadi bacaan harianmu
Sunnah Nabi menjadi rujukanmu
Agar kau tidak tersesat dalam nikmat dunia
Kelak rohmu bisa digamit bidadari Syurga


Masihku ingat lagi disaat itu juga
Ku lihat titisan demi titisan jernih mengalir dipipi kedutmu
Sebak..
Ya Tuhan...betapa banyak dosaku padanya
Kau pesan lagi

Bila kau sudah diatas anakku
Jangan dilupakan wanita usang ini
Jangan pernah lupakan lelaki gagah itu
Dan jangan sekali pernah kau lupakan sang pencipta
Walau datang ribut melanda
Setia tak kan pudar


Tapi ibu..
Anakmu ini leka, lalai, lena dalam nikmat dunia
Betapa kerdilnya anakmu ini
Anakmu buntu, runsing, buta
Tapi anakmu ini tahu doa mu masih tak jemu menyusur
Terima kasih tuhan atas pemberian teristimewa ini
Satu pintaku
Jika aku pergi dulu
Jangan ditangisi semua itu
Tidak ku sanggup melihat dirimu berduka lagi
Hanya ku pinta iringi aku bersama doamu
Agar aku sentiasa berada dibawah sejuknya doamu
Terima kasih ibu




nukilanHATI_MysaraAmir

mood: rinduIBU :(

Tuesday, July 5, 2011

maaf


maaf..
senang untuk diungkapkan
tapi payah untuk ditafsirkan..
apa dengan berkata maaf akan ungkai segala?
akan terubat segala duka?
akan pulih hati yang lara?
akan terampunkah dosa dan noda?!

maaf?
mungkin senang untuk dilafazkan..
tapi diterimakah maaf itu?
ikhlaskah si pemaaf itu?
tuluskah dia?
membuat salah dan berbuat salah memang mudah
berkata maaf juga mudah
tapi jangan dilupa
hati mudah luka
fikiran mudah lupa 
tapi kesan parah sampai bila-bila




nukilanHATI_MysaraAmir

hati terbelah dua

malam ini
aku cuba mencari dimana salahnya aku
dimana silapnya langkahku
aku buntu, aku bingung
mungkin aku bukan teman baikmu
mungkin aku bukan teman sepermainanmu
yang tahu akan tingkah lakumu
yang tahu akan baik budi bicaramu
yang tahu akan ketidak sempurnaan dirimu
tapi.. 
aku hanya manusia biasa
yang tidak lari dari membuat kesilapan
yang leka dengan nikmatnya dunia
sehingga aku lupa siapa diri aku
sehingga aku lupa naifnya aku
maafkan aku teman
seandainya diri ini penuh dengan dosa, penuh dengan noda..
tidak semua yang diharap menjadi mutiara
tidak semua yang kita jangka akan menjadi nadinya
percayalah teman..
dikala kau susah mahupun senang, aku tetap disini
tetapi malam ini..
kuhayun kakiku diatas malam yang suram
melangkah tanpa ragu, namun muram yang kudapat
hatiku terbakar seperti bara
hingga akhirnya terbelah menjadi dua
setiap saat selalu begitu
seolah api telah membenamkan senyumku
membenamkan keceriaanku
teman, terima kasih atas pemberiaan tajam lisanmu
atas pedasnya perkataanmu
kini tiada lagi gelak tawa, yang tinggal hanya duka lara..



nukilanHati_MysaraAmir