pagi ini aku cuba lelapkan mataku
mengharapkan mimpi datang menemaniku
tapi apakan daya aku tidak mampu
aku cuba, cuba dan terus cuba
tapi entah kenapa hati ini dan mata ini bdegil
puas aku memujuk hati supaya tenang
tapi hampa yang aku terima..
semua ini terjadi kerana seorang hamba Tuhan yg digelar LELAKI
entah kenapa setelah sekian lama dia menyepi
akhirnya dia timbul kembali
dengan berbekalkan ayat manis dan janji kosong
aku buntu, aku bingung..
memang..
memang aku masih sayangkan lelaki itu
masih teringat lagi kenangan bersamanya
masih teriang-iang janji yang dilafazkan
masih terbuku rindu dihati
tapi setelah susah payah aku bina hubungan ini
setalah susah payah aku jaga dan pertahankan hubungan ni
lelaki itu hilang begitu saja
membawa hati dan menyepi diri
tanpa khabar, tanpa berita
sepi..
aku cuba mghubungi lelaki itu
tapi hampa, pangilanku tidak disambut
mesej-mesej ku tidak berbalas
rayuan ku dilempar
aku seperti manusia yang tidak bermaruah
segalanya aku korbankan demi mndapatkan kembali cinta lelaki itu
tapi egonya lelaki itu
sehinggakan maruah aku dipijak
sehingga diri aku dihina dan dikeji..
inikah yang aku terima selepas segalanya aku korbankan?
suatu petang, lelaki itu mbalas mesej aku
hati ku bbunga walaupun luka masih terasa
tapi lelaki itu tambah luka hati ini
dengan sgala kejian dan segala jawapan
baru ku tahu lelaki itu sedang bahagia bersama yang lain
aku redha..
aku percaya apa yang terjadi ada hikmahnya..
tapi aku tertnya-tanya
apa kurangnya aku?
apa burukkah aku?
apa hinakah aku?
cuma satu pesanku terhadap lelaki itu
'kau tidak akan jumpa seorang wanita pun yang mencintai kau sperti mana aku mncintai kau'
aku buang jauh-jauh ingatan ku terhadap lelaki itu
aku kikis bersih-bersih segala kenangan
aku lempar tepi segala tomahan dan janji
aku mula hidup baru
alhamdulillah ramai yang sayang aku
aku bhgia..
tapi sekarang lelaki itu muncul kembali dalam idupku
datang merayu dan memujuk hati ku
selepas dibiarkan aku mencari jalan pulang sendiri
kenapa?
kenapa sekarang baru lelaki itu menyesal dan sedar
kenapa sekarang?
aku mencari jawapan..
mgkin lelaki itu bosan dan sunyi, lalu aku lah tempat berdamping
mungkin lelaki itu ditinggalakn kekasih hati lalu aku lah tempat peneman hati
mungkin lelaki itu masih mahu mainkan hati lalu aku lah magsa
aku buntu..
mencari jawapan bukan senang
kerana makin dipikirkan makin bayak persoalan..
aku biarkan masa berlalu dan masa penentu..
yang pasti hati aku telah tertutup buat lelaki itu
tapi kenapa masih ada sayang dan rindu?
persoalan yang tidak dapat aku ungkaikan..
biarlah ia menjadi tanda tanya..
apapun ketentuan dari Illahi
aku terima dengan redha
kerana semuanya ada sebab dan hikmah
semoga tuhan tunjukkan aku jalan..
nukilanHATI_MysaraAmir
No comments:
Post a Comment