Tuesday, November 29, 2011

if your bf younger than you, do you accept him? and if your gf older than you, do you accept her? will you marry her/him?

if your bf younger than you, do you accept him?and if your gf older than you, do you accept her?will you marry her/him?

Answer here

Saturday, October 15, 2011

BENCI..!

assalamualaikum wbt...
x jawab dosa, jawab sayang..berangan la tiru Maria Elena Is Greek Helen plak~
^^
aku tak tahu la kenapa aku benci sgt dengan benda alah ni...
tiap2 hujung minggu je, mesti benda alah ni ada
ganggu tau enggak~
kalau tak de benda ni, aku jadi macam meroyan plak..
anak tekak ni kerja nak mencekik je..
kalau ada benda alah ni, hidop yg sedia kala sunyi ni x la sunyi sgt ^^

tapi benci-benci sayang..
sebenarnye aku suke (sambil gelak gedik) hee
ok la..aku ngaku tiap2 minggu kot aku buat benda ni, tapi x la tiap2 sangat,,
mau MONTEL aku hehe...dlm sebulan tu 3x jugak la buat hehe
kalau nak tau ape aku wat SCROLL la sampai bawah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


ni la benda alah ni..
BENCI la kau!

KEK BATIK
aku pon confuse knp name dia kek batik 
x pe yg penting sodap weyh hee..
x payah guna microwave pon ley wat kek okeyh

so nak resepi?
nah hamek kau!

200g Milo
250g Butter
3 tsp Serbuk Koko ( aku guna Tudor Gold )
1 tsp Nescafe
1/2 susu tin
Biskut Merie (suka hati)


1. cairkan butter dalam KUALI dgn api yg tersangatlah slow sampai butter tuh cayor
2. masuk plak Milo + Nescafe, then gaul sampai tak berketul dah
3. campak plak serbuk koko tadi, then gaul tanpa henti
4. dah rasa coklat semua cantik, masuk susu pulop okeyh..then gaul lagi (kalau penat guna tangan, kaki pom buleyh haha)
5. patah-patahkan biskut and campak je dalam adunan tadi..gaul-gaul n tutup api...nak susun selapis-selapis pon boleh biskut tuh..ikot kretiviti sendirik ok..
6. masukkan dlm bekas aka loyang n tekan smpai mampat..
7. masuk la dalam peti ais, bia semalaman..then keluarkan, biar 10minit bg die dlm suhu bilik dulu..n potong..
8..ape lagi, ngappp je la..


so, selamat mencuba..
dijamin halal n selamat..
yg penting sedap wo0o..kalau berat naik berkilo-kilo jgn salah kan gue ya..



nukilanHATI_MysaraAmir

Saturday, August 27, 2011

terima kasih

assalamualaikum wbt semua 
mulakan hari dengan sengehan hikhikhik 
pejam celik, makan tido..tup tup da 27 ramadhan..
dah nak berakhir pun ramadhan kan..sedih pun ada sbb tak puas lagi
menikmati nikmatnya puasa...
hampir sebulan bpuasa so dah nak raya pulak..
terober excited la pulak kan sebab dapat bkumpul sedara mara, adik beradik n kawan2..
time 2 la nak bmaaf-maafan..ye la x de manusia yg perfect pon dlm dunia ni
semua ada buat salah, cume kite perasan atau x je...
mane yg hati kering 2 asik wat org panas je
time raya la bulan yg paling baik nak mintak maaf hehe
aku pon ape kurangnye hehe dgn mulut yg agak terus je ni
aku tau ramai yg terasa hehe...x pe2, tunggu raya la aku mintak maaf..
ekh boleh plak cam e2 kan..
actually bmaaf-maafan ni x perlu la nak tunggu raya
hari2 biasa pon boleh ape..yg penting hati 2 kne la ikhlas...
ni tak, lepas mtk maaf buat lagi ehhe...
kalau aku pon memang TAK la..
btw semua ni kuasa tuhan kan..
kalau bukan sebab die, kite x kan rasa nikmat puasa dan raya
termasuk la nikmat dunia yg sementara ni..semua ni kite pinjam je...
nanti tibe masa kite kene pulangkan jugak..
so kite kene la berterima kasih pada yang Esa.tanpa dia kite bukan sape2
n tanpa Dia kite x rasa sume ni..

so..
berterima kasih la padaYang Esa :)

then pada sape2 yg balek kampong jaoh sampai bbatu-batu
sampai 6-7jam tu, hati-hati n ingt la org yg tsayang..
yang x sayang pon wat-wat la ingat hehe
nak raya kot weyh..
kat bebudak yg suke main mercun n lempar kat depan umah aku

''aku geram la ngan korang ni, aku cepuk sorang-sorang baru tau..aku marah ni, malam raya mai umah aku mtk maap...kalau tak jgn harap dapat wet raya''

esok aku da balek kampung..
wo0huu best kot..opah atok, dok diam-diam..sediakan wet raya sebalang
cucu atok ni nak balek hehe
doakan cucu atok opah ni selamat pergi dan selamat balik..:)

so selamat hari merdeka raya..
nah kad raya dari aku..ape?
nak wet raya..haha gelak bosa den...mai umah dulu n tolong aku basuh pinggan baru dapat wet raya..
da tua bangka mintak wet raya, malu la woii haha
(padahal dlm hati jeles org lain dpt wet raya)


Selamat Hari Raya AidilFitri
Maaf Zahir Batin

ikhlas dari: 
Mysara Amir

Thursday, August 25, 2011

hangat!

PERHATIAN..!

for those yg ada masalah blackhead n whitehead yg melampau
aku nak share ngan korang satu product..
mmg great n awesome la product ni
aku baru guna 4 hari tapi dia punya result
~hamaigod mmg best!
most important is product ni 'MONEY BACK GUARANTEE'
kalau dalam masa 14 hari korang guna product tu x berkesan,
korang bley p ngamok kat promoter tuh n mintak duet korang balek huhu
even that product quite expensive, but its worth it..

huhu panjang pulop aku merepek
maaf ye aku tidak dibayar sesen pon untuk promote product ni hehe
i call 'MIRACLE' ahha poyo larh kau!


ni la baby baru aku hehe...
b.liv 'off with those heads'
RM139 for 30ml..
so korang try la...for sure korang pon suke..
nanti korang dapat rasa hidung ngan dahi korang licin cam lantai marmar uh..huhu
gile menipu aku nih..tp the result mmg 100% satisfied!

untuk further info, bley click sini~
b.liv


so GOOD LUCK babe :)
mmuah..

hati cantum-cantum


hati macam kaca, bila jatuh then pecah mane boleh cantum lagi dah
macam tu jugak la hati aku
pernah pecah n hancur terus..mcam situasi gambar atas tu la...
kecewa kan..
bila da hancur cam tu ape pon da x guna..semua serba tak kena...
benci la aku kat kau!
tapi dalam benci ada rindu...lama jugak nak hilangkan perasaan ni..
da penat aku mengharap, da penat aku menangis dan aku da penat bagi peluang..
kesian kat hati aku...
tapi sekarang x lagi..dia dtg saat aku perlukan seseorang..
aku pikir hati yg belah dua x boleh cantum jadi satu balek,
siapa cakap?
sekarang serpih2 hati aku da cantum, parut pon da makin pudar
bukan sbb guna bio oil hehe
tp sbb ''dia''...
thanks awk sbb sentiasa ada dengan saya..

pa pe pon im HAPPY right now..
seriously..
heart you ''enHati''


nukilanHATI_MysaraAmir

Saturday, August 6, 2011

bulan mulia



alhamdulillah da masuk gari ke-6 puasa 
dan yang penting cik sarah masih bpuasa wee~
ok la cakap banyak pun x guna kan, kat sini cik sarah nak bagi tau
la kelebihan bulan Ramadhan..



1. Bulan yang diturunkan padanya Al-Quran 
Allah berfirman :
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْه ﴾ ﴿

Maksudnya : ” Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagaipetunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu..” [Al-Baqarah : 185]

2. Bulan yang padanya ada Lailatul Qadr 



Allah berfirman :



إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَه ﴾ ﴿
Maksudnya : ” Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan ” [Al-Qadr : 1-3]

3. Bulan yang padanya dibelenggu syaitan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka

Nabi r bersabda :



[ إذا جاء رمضان ؛ فتحت أبواب الجنة، وغلقت أبواب النيران، وصفدت الشياطين ]
Maksudnya : ” Apabila tiba ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan ” [HR Al-Bukhari : 3277, Muslim : 1079]

KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

1. Puasa di Ramadhan menjanjikan pengampunan dosa :

Nabi r bersabda :

[ من صام رمضان إيمانا و احتسابا، غفر له ما تقدم من ذنبه ]

Maksudnya : ” Barang sesiapa yang yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu ” [HR Al-Bukhari : 38, Muslim : 175]

2. Puasa di Ramadhan menjanjikan syurga 
Nabi r bersabda :
[ من آمن بالله وبرسوله وأقام الصلاة وصام رمضان كان حقا على الله أن يدخله الجنة ]
Maksudnya : ” Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan berpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syuga “


ha..ni baru sikit saje kelebihannya, ada banyak lagi yang cik sarah x bg tau..tp cik sarah percaya yang korang semua tahu :)
so pada bulan mulia ni, banyak kan amal ibadah supaya hidup lbey dberkati dan mendapat rahmat daripadaNya :)


Sunday, July 24, 2011

hati belah bagi

pagi ini aku cuba lelapkan mataku
mengharapkan mimpi datang menemaniku
tapi apakan daya aku tidak mampu
aku cuba, cuba dan terus cuba
tapi entah kenapa hati ini dan mata ini bdegil
puas aku memujuk hati supaya tenang
tapi hampa yang aku terima..
semua ini terjadi kerana seorang hamba Tuhan yg digelar LELAKI
entah kenapa setelah sekian lama dia menyepi
akhirnya dia timbul kembali
dengan berbekalkan ayat manis dan janji kosong
aku buntu, aku bingung..
memang..
memang aku masih sayangkan lelaki itu
masih teringat lagi kenangan bersamanya
masih teriang-iang janji yang dilafazkan
masih terbuku rindu dihati
tapi setelah susah payah aku bina hubungan ini
setalah susah payah aku jaga dan pertahankan hubungan ni
lelaki itu hilang begitu saja
membawa hati dan menyepi diri
tanpa khabar, tanpa berita
sepi..
aku cuba mghubungi lelaki itu
tapi hampa, pangilanku tidak disambut
mesej-mesej ku tidak berbalas
rayuan ku dilempar 
aku seperti manusia yang tidak bermaruah
segalanya aku korbankan demi mndapatkan kembali cinta lelaki itu
tapi egonya lelaki itu
sehinggakan maruah aku dipijak 
sehingga diri aku dihina dan dikeji..
inikah yang aku terima selepas segalanya aku korbankan?
suatu petang, lelaki itu mbalas mesej aku
hati ku bbunga walaupun luka masih terasa
tapi lelaki itu tambah luka hati ini
dengan sgala kejian dan segala jawapan
baru ku tahu lelaki itu sedang bahagia bersama yang lain
aku redha..
aku percaya apa yang terjadi ada hikmahnya..
tapi aku tertnya-tanya
apa kurangnya aku?
apa burukkah aku?
apa hinakah aku?
cuma satu pesanku terhadap lelaki itu
'kau tidak akan jumpa seorang wanita pun yang mencintai kau sperti mana aku mncintai kau'
aku buang jauh-jauh ingatan ku terhadap lelaki itu
aku kikis bersih-bersih segala kenangan
aku lempar tepi segala tomahan dan janji
aku mula hidup baru
alhamdulillah ramai yang sayang aku
aku bhgia..
tapi sekarang lelaki itu muncul kembali dalam idupku
datang merayu dan memujuk hati ku
selepas dibiarkan aku mencari jalan pulang sendiri
kenapa?
kenapa sekarang baru lelaki itu menyesal dan sedar 
kenapa sekarang?
aku mencari jawapan..
mgkin lelaki itu bosan dan sunyi, lalu aku lah tempat berdamping
mungkin lelaki itu ditinggalakn kekasih hati lalu aku lah tempat peneman hati
mungkin lelaki itu masih mahu mainkan hati lalu aku lah magsa 
aku buntu..
mencari jawapan bukan senang
kerana makin dipikirkan makin bayak persoalan..
aku biarkan masa berlalu dan masa penentu..
yang pasti hati aku telah tertutup buat lelaki itu
tapi kenapa masih ada sayang dan rindu?
persoalan yang tidak dapat aku ungkaikan..
biarlah ia menjadi tanda tanya..
apapun ketentuan dari Illahi
aku terima dengan redha
kerana semuanya ada sebab dan hikmah
semoga tuhan tunjukkan aku jalan..



nukilanHATI_MysaraAmir